MSU RRYC @ Majlis Graduasi Ke – 19 Kolej PTPL

Jelajah kampus (Campus Tour) kali ini, Red Ribbon Youth Club (RRYC) telah pergi ke MSU – Shah Alam sempena Majlis Graduasi Ke 19 Kolej PTPL.

RRYC MSU telah membuka gerai pameran kesedaran dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti mencari dana bantuan untuk di salurkan kepada Yayasan AIDS Malaysia di MAJLIS GRADUASI KE-19 PTPL Kolej yang telah berlansung pada 11 & 12 April 2015 lalu bertempat di Management Science University dengan tema “Home Coming Fiesta”.

IMG_20150410_121134IMG_20150409_12534920150409_125010 (1)

Dengan kerjasama koporat dari Scope International – Standard Chartered Bank yang menyokong kegiatan Jelajah Kampus (Campus Tour) RRYC , aktiviti – aktiviti di gerai pameran menjadi lebih menarik dengan sukarelawan mereka memberi hadiah kepada para pengunjung yang bermain permainan di situ.

IMG_20150410_120312 G2_EN_April_MSU 20150410_103303

Selain menjual “Cup Cake” untuk meraih Dana, sukarelawan Scope International – Standard Chartered Bank juga turut membuat “Survey” HIV dan AIDS yang menguji para pengujung tentang pengetahuan mereka terhadap HIV&AIDS.

Monash University Medicos Society (MUMedS) meraih dana sebanyak RM13, 229.85 untuk Yayasan AIDS Malaysia!

RRYC MUMEdS telah membuat satu Karnival Amal yang diberi nama “End The Dread, Stop The Spread” di Monash University. Karnival tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai HIV dan AIDS di kalangan pelajar universiti untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi yang dikaitkan dengan HIV dan AIDS. Karnival Amal yang berlansung selama 2 hari itu telah berjaya meraih dana sebanyak RM13, 229.85.

Carnival MonashSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada Red Ribbon Youth Club – Yayasan AIDS Malaysia kerana menyokong karnival amal kami. Kami benar-benar percaya dan menyokong sepenuhnya Yayasan AIDS Malaysia dalam dedikasi menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu dengan HIV dan AIDS. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Red Ribbon Youth Club – Yayasan AIDS Malaysia sekali lagi pada masa akan datang.” Chia Hwee, Bendahari Monash University Medicos Society (MUMedS)

“HIV 101” RRYC Jelajah Kampus @ INTI International University

14663_974281592584419_7116490457123818280_nPada 7 April 2015 yang lepas, krew RRYC telah di jemput untuk mengadakan satu bengkel kesedaran mengenai HIV dan AIDS (HIV 101) di Inti International University sempena dengan minggu “Khidmat Masyarakat”. Bengkel yang di adakan itu berjaya menarik seramai 100 penyertaan dari pelajar universiti tersebut.

Mr Zaim Zawawi

Mr Zaim Zawawi

Speaker yang di jemput khas dari Majlis AIDS Malaysia iaitu Mr Zaim Zawawi yang menjawat jawatan Pengurus Sumber Mobilisasi di Majlis AIDS Malaysia turut berkongsikan pengalaman sepanjang berkerja di Majlis AIDS Malaysia dan memberi infomasi yang tepat mengenai HIV dan AIDS.

11138604_974399589239286_4195361014283534225_n

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengajar dan menukar persepsi pandangan pelajar universiti terhadap mereka yang hidup dengan HIV. Dengan memberi infomasi yang tepat , pelajar-pelajar ini dapat menyebarkan informasi kepada masyarakat luar serta bantuan khidmat masyarakat kepada mereka yang hidup dengan HIV bagi menolak stigma dan diskriminasi terhadap mereka. Menurut Peter Moi Pengerusi Program Khidmat Masyarakat , semoga dengan kerjasama oleh Kelab Belia Riben Merah (RRYC) pelajar-pelajar di INTI International University ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin pada masyarakat setempat lebih-lebih lagi kepada golongan remaja yang berisiko.

AIDS CHARITY CYCLING

Cyberjaya – 1 Mac 2015,“Red Ribbon Youth Club”(RRYC)  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkerjasama dengan “Red Ribbon Youth Club”(RRYC) – Yayasan AIDS Malaysia telah mengadakan satu kayuhan amal di bawah program Kapreza15 yang di namakan “AIDS Charity Cycling” bagi meraih dana serta memberi infomasi yang tepat mengenai HIV dan AIDS.

1535494_954133044599274_8503353363215292583_n

“AIDS Charity Cycling” ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu 15km untuk kategori keluarga dan 25km untuk kategori terbuka. Program ini telah mendapat respon dari pihak korporat dan kerajaan yang turut memberi sokongan dan bantuan seperti Majlis Perbandaran Sepang , Yayasan Sime Darby , Cycberjaya Recreation and Cycling Club , Polis Diraja Malaysia , 100 Plus Malaysia , Red Bull Malaysia , KK Mart dan Go Cycberjaya Cycling.

1622198_954118671267378_6362063649100424622_n

Seramai 250 peserta dengan jumlah keseluruhan jarak kayuhan sebanyak 3,750km dengan membawa satu pesanan iaitu “Menuju Sifar Diskriminasi”. Terdapat juga aktiviti seperti persembahan dari pelajar UKM yang turut menghiburkan orang ramai selain cabutan bertuah kepada para peserta dan kuiz tentang HIV dan AIDS.

10426145_954136231265622_5319916026211107380_n

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UKM Prof Dr Imran Ho Abdulllah yang merasmikan dan menutup “AIDS Charity Cycling” serta kehadiran Kaka Azraff Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia yang turut memeriahkan lagi suasana. Pada program ini , sebanyak RM5,030 berjaya di kumpulkan dan diserahkan kepada Yayasan AIDS Malaysia.

Untuk gambar lebih menarik, klik sini.

Celebrates World AIDS Day Instagram Contest

Tahukah anda 1 Disember adalah Hari AIDS Sedunia?

RRYC ingin mengajak para ahli untuk sama-sama menyambut Hari AIDS Sedunia 2014. Rebut peluang anda untuk memenangi 10 hadiah terdiri daripada M.A.C Cosmetics, The Body Shop, Loreal Malaysia & Designer Melinda Looi dengan menyertai:

 

WAD_RRYC_Instragram Contest_Twitter_Banner_(400x400px)_26112014-02 (1)

 

Langkah mudah untuk menyertai:

  1. Follow IG – redribbonyouthclub
  2. Celebrate World AIDS Day! Snap Snap! Record record!
  3. Props (which gives you extra marks) you can download and use. 

  4. Don’t forget to hashtag
    • #RRYCCelebratesWAD #rryc #MyWAD2014
  5. Upload!

Jangan lupa untuk sertakan berikut dalam kapsyen gambar anda:

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • No Siri Kad
  • No telefon
  • Nama Institusi

Syarat-syarat penyertaan:

  • Peraduan ini terbuka kepada ahli RRYC yang berdaftar sahaja
  • Pihak RRYC berhak pada bila-bila masa mengubah atau meminda sebarang syarat-syarat dan peraturan peraduan ini, atau membatalkan kuiz ini tanpa sebarang notis dikemukakan terlebih dahulu
  • Keputusan pihak penganjur adalah muktamad, sebarang bantahan dan aduan tidak akan dilayan
  • Dengan menyertai peraduan ini, ahli-ahli bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada terma dan syarat ini serta keputusan pihak penganjur

Tarikh tutup penyertaan adalah pada   21 Disember 2014

 

RRYC Team wish you Good luck!

 

 

 

 

ESP Burst Asia – We had fun!

ESP Burst Asia 2014 adalah antara acara yang ditunggu dalam Kalendar Acara Hari AIDS Sedunia 2014 Majlis AIDS Malaysia & Yayasan AIDS Malaysia. Berlangsung dengan meriahnya pada hari ini, 29 November 2014 di Dataran Petaling Jaya.

Walaupun cuaca mendung dan hujan turun renyai-renyai, keadaan itu sama sekali tidak mematikan keseronokan yang diharapkan. Malah hujan tersebut menggamatkan situasi dengan aktiviti tambahan ‘perang lumpur’ dikalangan peserta-peserta ESP Burst Asia 2014.

IMG_5632

IMG_5635

Selepas acara ‘perang belon air’ tamat, para peserta dihiburkan oleh persembahan mantap oleh Duta ESP Medical Latex Dua iaitu Cassandra Kay yang diterbangkan khas dari Australia hanya untuk memeriahkan acara ini. Aktiviti Zumba turut menggamatkan suasana dengan persembahan bertenaga mereka. Walaupun kesemua peserta basah lencun dan ‘diselaputi’ lumpur, mereka tetap tidak berganjak dan masih setia berada di pentas sehingga acara tamat.

1781659_745069752225555_3492033432154849518_o

IMG_5645

IMG_5681

Antara yang menarik, 5 orang ahli Kelab Belia RIben Merah dari Management & Science University (MSU) Shah Alam telah berjaya menyertai ESP Burst Asia 2014 melalui acara ‘MSU Mini Water Baloon Fight’ yang diadakan pad 24 November 2014 yang lalu.

 

Pelajar MSU lancar ‘Fight Until Zero’ sempena Hari AIDS Sedunia 2014

Sempena Hari AIDS Sedunia 2014, pelajar jurusan Sains Kesihatan dari Fakulti Kesihatan & Sains Hayat, Management & Science University (MSU) mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang HIV & AIDS disamping mengurangkan stigma & diskriminasi dikalangan warga MSU dan warga Shah Alam secara amnya.

Fight Until Zero menjadi tema untuk AIDS Awareness Week 2014 kempen yang bakal bermula pada 1 Disember hingga 6 Disember 2014 ini akan melancarkan pelbagai aktiviti seperti berikut:

10689461_733429966710428_8187984810161789434_n

 

Penyertaan adalah terbuka kepada umum. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila klik poster dibawah:

The Water Balloon Fight

Pada 24 November 2014 yang lepas, hampir 60 peserta terlibat dalam pertandingan ‘Water Balloon Fight’. Pertandingan itu diadakan bagi melayakkan lima orang pelajar dari MSU untuk menyertai serta memecah rekod dalam Burt Asia 2014 yang diadakan pada 29 November 2014. Kepada 5 pemenang tiket tersebut, RRYC team ucapkan tahniah dan jumpa anda Dataran Petaling Jaya!

Walaupun peserta yang lain tidak berjaya malah basah lencun, RRYC team dapat melihat keseronokan mereka ketika menyertai acara ini. Hadiah saguhati berbentuk hamper turut diberikan kepada peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Ini adalah ‘sneak peek’ sewaktu ‘Water Baloon Fight’ di MSU Shah Alam:

 

 

This slideshow requires JavaScript.