ESP Burst Asia – We had fun!

ESP Burst Asia 2014 adalah antara acara yang ditunggu dalam Kalendar Acara Hari AIDS Sedunia 2014 Majlis AIDS Malaysia & Yayasan AIDS Malaysia. Berlangsung dengan meriahnya pada hari ini, 29 November 2014 di Dataran Petaling Jaya.

Walaupun cuaca mendung dan hujan turun renyai-renyai, keadaan itu sama sekali tidak mematikan keseronokan yang diharapkan. Malah hujan tersebut menggamatkan situasi dengan aktiviti tambahan ‘perang lumpur’ dikalangan peserta-peserta ESP Burst Asia 2014.

IMG_5632

IMG_5635

Selepas acara ‘perang belon air’ tamat, para peserta dihiburkan oleh persembahan mantap oleh Duta ESP Medical Latex Dua iaitu Cassandra Kay yang diterbangkan khas dari Australia hanya untuk memeriahkan acara ini. Aktiviti Zumba turut menggamatkan suasana dengan persembahan bertenaga mereka. Walaupun kesemua peserta basah lencun dan ‘diselaputi’ lumpur, mereka tetap tidak berganjak dan masih setia berada di pentas sehingga acara tamat.

1781659_745069752225555_3492033432154849518_o

IMG_5645

IMG_5681

Antara yang menarik, 5 orang ahli Kelab Belia RIben Merah dari Management & Science University (MSU) Shah Alam telah berjaya menyertai ESP Burst Asia 2014 melalui acara ‘MSU Mini Water Baloon Fight’ yang diadakan pad 24 November 2014 yang lalu.

 

Leave a comment